An Nahl 16 11

An Nahl 16 11
Asiana Nusantara Herbs.. Promosi Pertengahan Tahun 2014: *Madu Kelulut 700ml RM90* *Madu Kelulut+Habbatus Sauda 700ml RM90* *Madu Tualang Hutan Rimba 700ml RM90* *Madu Tualang+Tongkat Ali 700ml RM90* *Madu+Kacip Fatimah 700ml RM90* *Teh Herba Misai Kucing 25Uncang RM35* *Teh Herba Belalai Gajah 25Uncang RM35* *Teh Stevia 25Uncang RM35* *Teh Herba Pecah Beling 25Uncang RM35* *Teh Herba Dukung Anak 25Uncang RM35* *Teh Herba Tunjuk Langit 25Uncang RM35* *Teh Herba Mahkota Dewa 25Uncang RM35* *Teh Herba Nenas Batu 25Uncang RM35 * *Teh Herba Daun Asam Gelugor 25Uncang RM35* *Teh Peria 25Uncang RM35* *Teh Gaharu 25Uncang RM35* *Teh Mengkudu 25Uncang RM35* *Teh Pegaga 25Uncang RM35* *Teh Mas Cotek 25Uncang RM35 *

Friday, February 21, 2014

Teh Herba Dukung Anak



                     


Harga Promosi : RM35 (Semenanjung) RM40 (Sabah/Sarawak)

Nota:-

1) Kos penghantaran dengan Pos Laju ke tempat anda ditanggung oleh pihak kami
2) Isi kandungan 25 Uncang
2) 1 Uncang boleh digunakan untuk satu jug/bekas besar.
3) Jika seorang individu sahaja ingin menikmatinya, cuma celup uncang ke dalam secawan/segelas air panas selama 5-7 minit, kemudian simpan uncang ke dalam peti ais untuk digunakan semula pada esok hari atau bila-bila masa yang diperlukan.
4) Sesuai dinikmati 1 jam selepas makan malam.
5) Kandungan adalah 100% herba asli (tanpa perisa,pewarna dll) yang telah siap diuncangkan untuk memudahkan para pengguna menikmati herba warisan kita dengan khasiat dan rasa yang sama asli sejak zaman berzaman

Harga Pasaran Biasa : RM40 (Semenanjung) RM45 (Sabah/Sarawak)


Khasiat Herba Dukung Anak

Rupa bentuknya seakan rumpai menyebabkan ramai yang tidak ambil kisah tumbuhan herba ini, apatah lagi mudah diperoleh.Namun, dukung anak adalah tumbuhan herba yang berguna dalam dunia perubatan khususnya merawat penyakit berkaitan buah pinggang dan hati seperti jaundis dan hepatitis. Ia juga digunakan untuk merawat penyakit batu karang, malaria, asma, kencing manis, gigitan berbisa dan cirit birit. Herba itu digunakan masyarakat di Afrika untuk memecahkan batu karang.

Kelebihan herba dukung anak ini mendorong penyelidik MARDI untuk melakukan kajian secara mendalam.Kajian Timbalan Pe­ngarah Pusat Penyelidikan Bioteknologi, Dr Indu Bala Jaganath bermula pada 2009. Beliau dibantu lima rakan penyelidik se­perti Dr Sanimah Simoh, Dr S Shanmugavelu, Prof Dr Sharmala Devi, Dr Mohd Rosly Shaari dan M Chandradevan. Penyelidikan menggunakan geran Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) berjumlah RM1.5 juta itu sudah meraih lima anugerah.

Antaranya, pingat emas dalam Pameran Teknologi Antarabangsa (ITEX) 2013, Pameran Reka Cipta Antarabangsa Seoul (SIIF) 2013 di Seoul (perak), Ekspo Teknologi Malaysia (MTE) 2013 (perak), Pameran Sains dan Teknologi MARDI (MSTE) 2012 (perak) dan perak bagi Anugerah Bio Inno 2013.

Dr Indu berkata, pemilihan dukung anak berikutan penggunaannya mengubati penyakit hepatitis. “Kalau digunakan untuk hepatitis bermakna herba ini mengandungi anti virus,” katanya.

Menurutnya, bahagian pertama dalam penyelidikan itu ialah bagi mendapatkan formulasi herba untuk penyakit denggi. “Saya bekerjasama dengan pensyarah Universiti Malaya (UM) Dr Sharmala yang juga pakar denggi,” katanya. Katanya, hasil penyelidikan ke atas tikus mendapati dukung anak memiliki ciri anti kolesterol yang baik.
Katanya, ramai keliru dengan empat spesies dukung anak sedangkan setiap satunya mempunyai khasiat berbeza.

“Jika dilihat ia sama tetapi memang berbeza,” katanya. Menurutnya, empat jenis herba itu dikenal pasti dengan melakukan piawaian untuk proses penanaman semula. Proses seterusnya adalah untuk melakukan piawaian tanaman sebelum disusuli aktiviti peng­ekstrakan. “Ia bagi melihat profail kimia dan jenis bahan aktif yang terdapat dalam setiap spesies. “Kita juga mahu melihat daripada keempat-empat spesies itu yang manakah mempunyai kompaun bioaktif paling baik,” katanya.

Katanya, spesies Phyllanthus watsonii adalah yang terbaik dikalangan tiga dukung anak yang lain. “Kami sudah melakukan ujian makmal dan mendapati kompaun bioaktifnya (Phyllanthus watsonii) sangat bermanfaat untuk kesihatan,” katanya. Dr Indu juga melakukan penyelidikan untuk mengenalpasti aktiviti anti kolesterol. “Ujian terhadap tikus yang mempunyai paras kolesterol tinggi me­ndapati apabila diberi ekstrak herba, paras kolestrol turun selepas beberapa minggu,” katanya.

Malah katanya, penggunaan bahan seperti lipidol boleh meningkatkan paras enzim, selain memberikan kesan negatif kepada kesihatan. Katanya, beberapa syarikat sudah menunjukkan minat mendapatkan teknologi itu, antaranya Furley Bioextract. “Furley Bioextract menghasilkan beberapa produk minuman berfungsi, penyembur tekak (throat spray), nutraseutikal dan biskut fiber. “Semua produk ini mengurangkan dan mengelak risiko kolesterol dan agen anti-viral,” katanya.

Artikel ini disiarkan di Harian Metro pada : 2014/01/21 (Mohd Sabran Md Sani)

No comments:

Post a Comment