An Nahl 16 11

An Nahl 16 11
Asiana Nusantara Herbs.. Promosi Pertengahan Tahun 2014: *Madu Kelulut 700ml RM90* *Madu Kelulut+Habbatus Sauda 700ml RM90* *Madu Tualang Hutan Rimba 700ml RM90* *Madu Tualang+Tongkat Ali 700ml RM90* *Madu+Kacip Fatimah 700ml RM90* *Teh Herba Misai Kucing 25Uncang RM35* *Teh Herba Belalai Gajah 25Uncang RM35* *Teh Stevia 25Uncang RM35* *Teh Herba Pecah Beling 25Uncang RM35* *Teh Herba Dukung Anak 25Uncang RM35* *Teh Herba Tunjuk Langit 25Uncang RM35* *Teh Herba Mahkota Dewa 25Uncang RM35* *Teh Herba Nenas Batu 25Uncang RM35 * *Teh Herba Daun Asam Gelugor 25Uncang RM35* *Teh Peria 25Uncang RM35* *Teh Gaharu 25Uncang RM35* *Teh Mengkudu 25Uncang RM35* *Teh Pegaga 25Uncang RM35* *Teh Mas Cotek 25Uncang RM35 *

Wednesday, February 19, 2014

Potensi Besar Industri Herba



Industri herba yang bersifat melengkapi dunia perubatan moden dilihat sebagai faktor utama yang memungkinkan pasaran produk herba terus mendapat permintaan tinggi.Presiden Persatuan Herbalis Jawi Malaysia, Murad Abu Bakar berkata, produk herba mempunyai pengikut tersendiri, malah turut mendapat permintaan pengguna luar negara.“Walaupun ada yang masih enggan mengakui keberkesanan herba, namun ia bukan penghalang kepada industri ini untuk terus berkembang.

“Ada pelancong yang berkunjung ke Malaysia dan mencari herba tempatan seperti Tongkat Ali,” katanya ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Kementerian Kesihatan bahawa pasaran industri herba tempatan berpotensi berkembang 15 peratus setahun dengan nilainya meningkat daripada RM7 bilion pada 2010 kepada kira-kira RM29 bilion menjelang 2020.
Menurut Murad, terdapat kira-kira 1,200 spesies herba di negara ini, sekali gus menjadikan Malaysia kaya dengan tumbuhan berkenaan.“Namun, tidak semua spesies berpotensi menjadi ubat kerana ada sesetengahnya racun. Tetapi, spesies yang sudah menjadi amalan turun-temurun seharusnya boleh dikomersialkan kerana sudah terbukti keberkesanannya,” katanya.


Murad berkata, produk herba kini semakin mendapat perhatian kerana ada di kalangan pengguna yang menggunakan perubatan alternatif walaupun mendapat rawatan moden.
“Produk herba bersifat melengkapi dan tidak salah sekiranya ada pengguna yang menggunakan perubatan moden untuk mengamalkan produk herba. Namun, mereka perlu mengikuti cara pengambilan yang betul untuk kedua-dua jenis ubatan,” katanya.


Sementara itu, Pengarah Urusan PT Widuri Sdn Bhd, Syahrul Abdurrahim berkata, industri herba tempatan dipercayai boleh berkembang sehingga dua kali ganda daripada anggaran yang ditetapkan.“Kami percaya pasaran eksport untuk produk herba jauh lebih tinggi kerana terdapat permintaan yang banyak dari negara luar,” katanya.
“Bagaimanapun, ada syarikat yang terpaksa membatalkan eksport barangannya kerana tidak mendapat kelulusan daripada pihak berkuasa sedangkan sudah mematuhi semua peraturan yang ditetapkan,” katanya.


Setakat ini, produk herba merangkumi kurang 10 peratus daripada eksport perubatan Malaysia dan angka itu semakin berkembang. Eksport perubatan negara kini bernilai kira-kira RM400 juta dan ia dijangka mencecah RM600 juta menjelang akhir tahun ini. Beliau berkata, industri herba tempatan menarik banyak syarikat multinasional (MNC) dari Barat untuk datang ke Malaysia bagi menjalin usaha sama dengan syarikat tempatan bagi melaksanakan penyelidikan dan pembangunan (R&D) dalam bidang itu.

Katanya, industri herba menjadi jentera pertumbuhan ekonomi berikutan perubahan penduduk seperti panjang umur serta perubahan gaya hidup.


Artikel ini disiarkan di Harian Metro pada : 2012/01/04

No comments:

Post a Comment