Memperkenalkan sains perubatan naturalistik Melayu berasaskan penggunaan herba-herba terpilih dari seluruh pelusuk Asia dan Nusantara. Objektif kami adalah untuk meluaskan penggunaan herba-herba yang diwarisi dari nenek moyang kita sejak zaman berzaman khususnya sebagai pencegah dan sebagai medium rawatan alternatif kepada pelbagai jenis penyakit.
An Nahl 16 11
Tuesday, February 18, 2014
Industri Herba Di Malaysia
Ramai yang tidak menyedari industri berasaskan herba berkembang pada kadar 30 peratus setahun, Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) pula menganggarkan seramai 4 bilion pengguna memilih untuk menggunakan herba sebagai rawatan alternatif kepada penyakit mereka.Di Eropah sahaja, nilai industri berasaskan herba bernilai RM25 bilion.
Pelbagai inisiatif telah dibuat oleh kerajaan Malaysia untuk mempromosikan pembangunan industri herba tempatan memandangkan potensinya yang amat cerah. Penjualan tahunan industri herba Malaysia ialah RM2 bilion sementara pasaran global untuk ubat-ubatan herba adalah bernilai USD12 bilion atau RM42 Bilion. Dalam Dasar Pertanian Ketiga Negara ,tumbuhan ubat-ubatan telah dipilih sebagai salah satu komoditi dengan memberi penekanan menjadikan Malaysia pusat pembangunan bahan–bahan mentah untuk kegunaan industri.
Pembangunan industri herba di Malaysia pada ketika ini aktif mempromosikan tiga sektor utama ekonomi iaitu pertanian,pelancongan dan pembuatan. Pertumbuhan dalam industri herba sangat berpotensi untuk menambah pembangunan sektor pertanian dan perkilangan. Di Sabah,sebanyak 1,250 spesies dianggarkan telah dikenal pasti nama saintifiknya dan mempunyai nilai perubatan.
Tumbuhan ubatan ini digunakan untuk industri fitoperubatan,kosmetik,perasa,pewangi, farmaseutikal dan nutraseutikal. Pergerakan pasaran industri herba sedunia menunjukkan bahawa rawatan menggunakan herba telah memasuki kategori rawatan tambahan pada tahun 1970 hingga 2000.Ini menunjukkan masyarakat dunia telah menerima herba sebagai medium rawatan alternatif menggantikan ubat-ubatan moden yang kebanyakannya berasaskan campuran bahan kimia termasuklah dadah perubatan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment