An Nahl 16 11

An Nahl 16 11
Asiana Nusantara Herbs.. Promosi Pertengahan Tahun 2014: *Madu Kelulut 700ml RM90* *Madu Kelulut+Habbatus Sauda 700ml RM90* *Madu Tualang Hutan Rimba 700ml RM90* *Madu Tualang+Tongkat Ali 700ml RM90* *Madu+Kacip Fatimah 700ml RM90* *Teh Herba Misai Kucing 25Uncang RM35* *Teh Herba Belalai Gajah 25Uncang RM35* *Teh Stevia 25Uncang RM35* *Teh Herba Pecah Beling 25Uncang RM35* *Teh Herba Dukung Anak 25Uncang RM35* *Teh Herba Tunjuk Langit 25Uncang RM35* *Teh Herba Mahkota Dewa 25Uncang RM35* *Teh Herba Nenas Batu 25Uncang RM35 * *Teh Herba Daun Asam Gelugor 25Uncang RM35* *Teh Peria 25Uncang RM35* *Teh Gaharu 25Uncang RM35* *Teh Mengkudu 25Uncang RM35* *Teh Pegaga 25Uncang RM35* *Teh Mas Cotek 25Uncang RM35 *

Tuesday, February 25, 2014

Teh Daun Belalai Gajah Penawar Kanser



Harga Promosi : RM35 (Semenanjung) RM40 (Sabah/Sarawak)

Nota:-


1) Kos penghantaran dengan Pos Laju ke tempat anda ditanggung oleh pihak kami
2) Isi kandungan 25 Uncang
3) 1 Uncang boleh digunakan untuk satu jug/bekas besar.
4) Jika seorang individu sahaja ingin menikmatinya, cuma celup uncang ke dalam secawan/segelas air panas selama 5-7 minit, kemudian simpan uncang ke dalam peti ais untuk digunakan semula pada esok hari atau bila-bila masa yang diperlukan.
5) Sesuai dinikmati 1 jam selepas makan malam.
6) Kandungan adalah 100% herba asli (tanpa perisa,pewarna dll) yang telah siap diuncangkan untuk memudahkan para pengguna menikmati herba warisan kita dengan khasiat dan rasa yang sama asli sejak zaman berzaman


Harga Pasaran Biasa : RM40 (Semenanjung) RM45 (Sabah/Sarawak)


Kepada mereka yang ingin mencegah dari bahaya penyakit kanser akibat keturunan, atau mereka yang telahpun mengidap pelbagai jenis kanser, Teh Daun Belalai Gajah merupakan penawar alternatif yang terbaik dan telah terbukti berkesan sejak zaman berzaman.

Pokok Daun Belalai Gajah

Testimoni pengguna yang telahpun mencuba Daun Belalai Gajah sebagai penawar pelbagai penyakit.. Alhamdulillah.




Keratan akhbar tentang khasiat Daun Belalai Gajah




Sunday, February 23, 2014

Teh Peria



Harga Promosi : RM35 (Semenanjung) RM40 (Sabah/Sarawak)

Nota:-

1) Kos penghantaran dengan Pos Laju ke tempat anda ditanggung oleh pihak kami
2) Isi kandungan 25 Uncang
2) 1 Uncang boleh digunakan untuk satu jug/bekas besar.
3) Jika seorang individu sahaja ingin menikmatinya, cuma celup uncang ke dalam secawan/segelas air panas selama 5-7 minit, kemudian simpan uncang ke dalam peti ais untuk digunakan semula pada esok hari atau bila-bila masa yang diperlukan.
4) Sesuai dinikmati 1 jam selepas makan malam.
5) Kandungan adalah 100% herba asli (tanpa perisa,pewarna dll) yang telah siap diuncangkan untuk memudahkan para pengguna menikmati herba warisan kita dengan khasiat dan rasa yang sama asli sejak zaman berzaman

Harga Pasaran Biasa : RM40 (Semenanjung) RM45 (Sabah/Sarawak)




Kebaikan peria

Penjagaan kulit
Peria boleh menghalang jerawat tumbuh berleluasa pada kulit muka kerana mengandungi ciri penulenan darah. Kulit muka juga akan nampak lebih berseri-seri.

Perangsang imun
Minum segelas jus peria setiap pagi dapat membantu menguatkan sistem imun dalam badan. Sistem imun ibarat ‘pengawal keselamatan’ yang menghalang penyakit menyerang.

Penjagaan mata
Peria juga seperti lobak, mengandungi karoten yang tinggi. Karoten dapat mengurangkan masalah mata.

Menurunkan berat badan
Peria dapat merangsang hati untuk rembesan jus hempedu yang sangat penting untuk meningkatkan metabolisme badan.

Baik untuk perut
Peria sememangnya ejen pencernaan yang bagus dan boleh menghalang sembelit kerana ia mengandungi selulosa yang juga sumber serat terbaik.


Buah Peria

Peria adalah sejenis tumbuhan memanjat.

Dipercayai berasal dari Selatan China.

Peria juga dikenali sebagai ‘ku gua’ sudah lama digunakan sebagai satu herba dalam perubatan tradisional China.

Penggunaan peria kini semakin meluas. Di Asia Tenggara, Australia dan Amerika Syarikat, peria kini menjadi bahan penting bagi merawat penyakit leukimia, HIV dan AIDS.

Biarpun setakat ini belum ada kajian saintifik sepenuhnya dijalankan bagi menguji keberkesanan peria dalam menangani penyakit berkenaan, terdapat beberapa kes yang menunjukkan tumbuhan itu boleh membantu menghentikan dan ada kalanya membalikkan penyakit itu daripada merebak.

Peria didapati boleh meningkatkan semula kiraan sel CD4 (sel imun) dalam tubuh manusia. Ujian darah untuk menguji jumlah kiraan sel imun adalah perkara paling asas untuk mengetahui perkembangan dan betapa seriusnya terhadap HIV dan AIDS.


Peria juga didapati berguna untuk merawat arthritis dan ‘opportunistia infections’, misalnya harpes kemaluan, tuberkolisis dan beberapa jenis penyakit kulit yang menyerang berikutan sistem imunisasi lemah.




Friday, February 21, 2014

Teh Herba Pecah Beling





Harga Promosi : RM35 (Semenanjung) RM40 (Sabah/Sarawak)

Nota:-

1) Kos penghantaran dengan Pos Laju ke tempat anda ditanggung oleh pihak kami
2) Isi kandungan 25 Uncang
2) 1 Uncang boleh digunakan untuk satu jug/bekas besar.
3) Jika seorang individu sahaja ingin menikmatinya, cuma celup uncang ke dalam secawan/segelas air panas selama 5-7 minit, kemudian simpan uncang ke dalam peti ais untuk digunakan semula pada esok hari atau bila-bila masa yang diperlukan.
4) Sesuai dinikmati 1 jam selepas makan malam.

Harga Pasaran Biasa : RM40 (Semenanjung) RM45 (Sabah/Sarawak)



Khasiat Herba Pecah Beling

Seperti yang telah dilaporkan oleh Utusan Malaysia pada Januari 2005, artikel sumbangan Prof.Madya.Dr.Asmah Rahmat dan Mohd Fadzelly Abu Bakar dari Universiti Putra Malaysia (Bahagian Pemakanan dan Sains Kesihatan)



Teh Herba Dukung Anak



                     


Harga Promosi : RM35 (Semenanjung) RM40 (Sabah/Sarawak)

Nota:-

1) Kos penghantaran dengan Pos Laju ke tempat anda ditanggung oleh pihak kami
2) Isi kandungan 25 Uncang
2) 1 Uncang boleh digunakan untuk satu jug/bekas besar.
3) Jika seorang individu sahaja ingin menikmatinya, cuma celup uncang ke dalam secawan/segelas air panas selama 5-7 minit, kemudian simpan uncang ke dalam peti ais untuk digunakan semula pada esok hari atau bila-bila masa yang diperlukan.
4) Sesuai dinikmati 1 jam selepas makan malam.
5) Kandungan adalah 100% herba asli (tanpa perisa,pewarna dll) yang telah siap diuncangkan untuk memudahkan para pengguna menikmati herba warisan kita dengan khasiat dan rasa yang sama asli sejak zaman berzaman

Harga Pasaran Biasa : RM40 (Semenanjung) RM45 (Sabah/Sarawak)


Khasiat Herba Dukung Anak

Rupa bentuknya seakan rumpai menyebabkan ramai yang tidak ambil kisah tumbuhan herba ini, apatah lagi mudah diperoleh.Namun, dukung anak adalah tumbuhan herba yang berguna dalam dunia perubatan khususnya merawat penyakit berkaitan buah pinggang dan hati seperti jaundis dan hepatitis. Ia juga digunakan untuk merawat penyakit batu karang, malaria, asma, kencing manis, gigitan berbisa dan cirit birit. Herba itu digunakan masyarakat di Afrika untuk memecahkan batu karang.

Kelebihan herba dukung anak ini mendorong penyelidik MARDI untuk melakukan kajian secara mendalam.Kajian Timbalan Pe­ngarah Pusat Penyelidikan Bioteknologi, Dr Indu Bala Jaganath bermula pada 2009. Beliau dibantu lima rakan penyelidik se­perti Dr Sanimah Simoh, Dr S Shanmugavelu, Prof Dr Sharmala Devi, Dr Mohd Rosly Shaari dan M Chandradevan. Penyelidikan menggunakan geran Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) berjumlah RM1.5 juta itu sudah meraih lima anugerah.

Antaranya, pingat emas dalam Pameran Teknologi Antarabangsa (ITEX) 2013, Pameran Reka Cipta Antarabangsa Seoul (SIIF) 2013 di Seoul (perak), Ekspo Teknologi Malaysia (MTE) 2013 (perak), Pameran Sains dan Teknologi MARDI (MSTE) 2012 (perak) dan perak bagi Anugerah Bio Inno 2013.

Dr Indu berkata, pemilihan dukung anak berikutan penggunaannya mengubati penyakit hepatitis. “Kalau digunakan untuk hepatitis bermakna herba ini mengandungi anti virus,” katanya.

Menurutnya, bahagian pertama dalam penyelidikan itu ialah bagi mendapatkan formulasi herba untuk penyakit denggi. “Saya bekerjasama dengan pensyarah Universiti Malaya (UM) Dr Sharmala yang juga pakar denggi,” katanya. Katanya, hasil penyelidikan ke atas tikus mendapati dukung anak memiliki ciri anti kolesterol yang baik.
Katanya, ramai keliru dengan empat spesies dukung anak sedangkan setiap satunya mempunyai khasiat berbeza.

“Jika dilihat ia sama tetapi memang berbeza,” katanya. Menurutnya, empat jenis herba itu dikenal pasti dengan melakukan piawaian untuk proses penanaman semula. Proses seterusnya adalah untuk melakukan piawaian tanaman sebelum disusuli aktiviti peng­ekstrakan. “Ia bagi melihat profail kimia dan jenis bahan aktif yang terdapat dalam setiap spesies. “Kita juga mahu melihat daripada keempat-empat spesies itu yang manakah mempunyai kompaun bioaktif paling baik,” katanya.

Katanya, spesies Phyllanthus watsonii adalah yang terbaik dikalangan tiga dukung anak yang lain. “Kami sudah melakukan ujian makmal dan mendapati kompaun bioaktifnya (Phyllanthus watsonii) sangat bermanfaat untuk kesihatan,” katanya. Dr Indu juga melakukan penyelidikan untuk mengenalpasti aktiviti anti kolesterol. “Ujian terhadap tikus yang mempunyai paras kolesterol tinggi me­ndapati apabila diberi ekstrak herba, paras kolestrol turun selepas beberapa minggu,” katanya.

Malah katanya, penggunaan bahan seperti lipidol boleh meningkatkan paras enzim, selain memberikan kesan negatif kepada kesihatan. Katanya, beberapa syarikat sudah menunjukkan minat mendapatkan teknologi itu, antaranya Furley Bioextract. “Furley Bioextract menghasilkan beberapa produk minuman berfungsi, penyembur tekak (throat spray), nutraseutikal dan biskut fiber. “Semua produk ini mengurangkan dan mengelak risiko kolesterol dan agen anti-viral,” katanya.

Artikel ini disiarkan di Harian Metro pada : 2014/01/21 (Mohd Sabran Md Sani)

Madu Asli Lebah Kelulut dan Madu Kelulut Campuran Habbatus Sauda





Harga Promosi (700ml) :RM90 sahaja
Harga Pasaran (700ml) :RM112 (Semenanjung) RM120 (Sabah/Sarawak)

Untuk Makluman,disebabkan kesukaran untuk mendapatkan madu kelulut,Harga dipasaran berlegar di sekitar RM140 hingga RM200 untuk 1kg


Maklumat tentang lebah kelulut

Kelulut merupakan antara 33 jenis spesies lebah trigona yang tidak mempunyai sengat dan madunya TERBUKTI mempunyai banyak khasiat untuk memulihkan pelbagai penyakit kronik.Madu Kelulut  berwarna lebih jernih berbanding madu hutan biasa dan rasanya manis bercampur sedikit masam. Madunya mempunyai banyak khasiat untuk memulihkan pelbagai penyakit kronik dan sangat berguna dalam bidang perubatan dan kesihatan.

Madu berasal daripada sari bunga dan menjadi ubat bagi pelbagai penyakit manusia. Khasiat madu sebagaimana disampaikan al-Quran telah dibuktikan secara ilmiah oleh pakar perubatan.


Khasiat madu kelulut termasuklah meningkatkan metabolisme badan, menambahkan tenaga batin, menjaga kecantikan, menguatkan wanita yang baru bersalin dan merawati pelbagai penyakit dan kecederaan dalaman.


Pandangan pakar tentang khasiat Madu Kelulut

“Sama seperti lebah madu, kelulut juga menghasilkan madu dan propolis yang kaya dengan khasiat seperti antioksidan yang tinggi. “Madu kelulut rasanya agak masam berbanding madu biasa dan warnanya lebih cerah,” “Madu kelulut lebih mahal dibandingkan dengan madu lebah biasa kerana kurang di pasaran.”
(Pegawai Penyelidik, Pusat Penyelidikan Strategik MARDI, Mohd Fahimee Jaafar)

Penyakit yang dilaporkan sembuh melalui kaedah rawatan tradisional mengunakan hasilan lebah kelulut termasuk  ialah Diabetis mellitus (kencing manis), Strok, Hepatitis (Hati), Kanser, Hipentensi (Darah Tinggi) dan Batu Karang.     
(Laporan Akhbar Utusan Malaysia 20 Mei 2011)

“Hasil penyelidikan itu memberi nilai tambah kepada madu tempatan menyebabkan permintaan melebihi bekalan. Ini kerana, madu lebah diketahui mengandungi bahan anti-oksidan yang tinggi dan ia amat baik untuk kesihatan,”      
(Pengarah Kampus Kesihatan USM, Prof. Datuk Dr. Mafauzy Mohamed. Utusan Malaysia, 9 Jun 2011)

Kajian awal menunjukkan asid fenilpropanaoik, asid protocatechuik dan asid 4-hidroksifenilasetikadalah di antara bahan utama yang telah berjaya dikenalpasti dalam madu kelulut. Bahan-bahan ini tergolong dalam kumpulan asid fenolik bebas dan kehadirannya dalam madu kelulut memberikan jumlah keseluruhan sebanyak g/g berat kering.Asid fenolik bebas merupakan bahan aktif yangm300  boleh bertindak sebagai antikanser dan antioksidan dan bahan ini lebih mudah untuk diserap dalam tubuh manusia berbanding bahan aktif lain seperti flavonoid.                                                                                   
(Bahagian Penyelidikan Teknologi Makanan, Mardi)

      Kajian makmal telah dilakukan ke atas tikus yang telah disuntik dengan diabetes menunjukkan madu berupaya menurunkan glukosa selain daripada itu ia mampu mengurangkan kerosakan fungsi ginjal dan dapat mengurangkan stress aksidatif. Selain itu kajian pada tikus yang telah di buang ovari untuk kajian menapous menunjukkan madu mengurangkan atrofi pada uterus dan vagina serta meningkatkan ketebalan trabekular tulang yang mana bermakna ia membantu menguatkan tulang melalui penyerapan kalsium. “Hasil penyelidikan itu memberi nilai tambah kepada madu tempatan menyebabkan permintaan melebihi bekalan. Ini kerana madu lebah kelulut diketahui mengandungi bahan anti-oksidan yang tinggi dan ia amat baik untuk kesihatan,”. 
(Prof. Madya Dr. Mafauzy Mohamed, Dekan Pusat Pengajian Sains Perubatan (PPSP) Universiti Sains Malaysia Cawangan Kelantan, Pakar perubatan pengkhususan endokrin dan diabetis).

“     Lebah kelulut tidak mempunyai sengat dan madunya mempunyai banyak khasiat untuk memulihkan pelbagai penyakit kronik. Madu lebah diketahui mengandungi bahan anti-oksidan yang tinggi, membekalkan nutrien, dan melindungi serta menyihatkan bahagian dalaman badan,” katanya ketika dihubungi Berita Kampus, baru-baru ini.Tambahnya, khasiat madu lebah kelulut juga istimewa kerana mengandungi bee bread dan propolis. Bee bread iaitu campuran polen dengan madu, air liur dan cairan dari perut lebah yang boleh membantu masalah pencernaan” 
(Penyelaras Penyelidikan Perubatan Tradisional dan Komplimentari PPSP USMK, Prof Dr Siti Amrah Sulaiman).

 “    Kajian MARDI juga menunjukkan madu lebah kelulut mengandungi pelbagai jenis asid fenolik yang berguna untuk manusia. Asid p-coumaric sebagai contoh mengandungi bahan antioksidan yang tertinggi dan dipercayai mampu mengurangkan risiko kanser perut dengan mengurangkan pembentukan bahan   nitrosamin (karsinogen) diikuti asid protokatechuik dan asid vanilik. Manakala asid fenilpropionik, sejenis bahan utama madu kelulut juga dikatakan mampu mengurangkan enzim cyclooxygenase-2 (COX-2) yang menyebabkan pembentukan radang semasa perkembangan kanser usus besar.”
(www.utusan.com.my/utusan/Agrobiz/20130701/ag_03/Khasiat-madu-lebah-kelulut)


Madu Kelulut Campuran Habbatus Sauda



Habbatus Sauda ialah sejenis tumbuhan yang terdapat di kawasan Mediterranean dan kawasan gurun.Nama saintifik atau biologinya ialah NIGELLA SATIVA.  Bahasa biasa ia dikenali sebagai The Black  Seed, Black Cumin ,Jintan hitam, Habbah Brakah .

Pokok Herba Habbatus Sauda mempunyai ketinggian 35-50 cm.Bercabang dan melingkar pada bahagian atas Memiliki dedaun dan  bunga warna putih kebiruan. Biji hitamnya agak kuat baunya.Menyengat hidung Namun biji hitam ini menganduingi pelbagai zat yang sangat diperlukan tubuh manusia.Ia mampu  melawan serta mengusir virus.Lantas mempertahankan tubuh daripada serangan penyakit.


Butir Habbatus Sauda mengalami perubahan dan pematangan bentuk sendiri atau metamorfosis iaitu daripada biji yang awalnya berwarna putih menjadi biji berwarna hitam.

Khasiat Habbatussauda

Khasiat Habbatussauda disokong pelbagai kajian dan siasatan termasuk yang dijalankan pakar perubatan Barat. Antara pakar perubatan dan ahli sains yang menjalan kajian ialah dari pusat ilmiah Cancer Immunobiology Laboratory South Carolina, US, University Munich Germany, University of Colombo, US, University of Patchefstroom, Kings College London, College of Medicine King Faisal University, Department of biology Riyadh.

Disamping itu ramai lagi saintists yang memaparkan hasil kajian mereka didalam pelbagai buku, majalah dan jurnal perubatan antara bangsa.Antaranya Dr.Peter Schleicher, pakar immunisasi Eropah mendapati Habbatussauda berhasil menyembuhkan 420 daripada 600 orang yang mempunyai masalah alahan atau allegik.kebanyakan mereka mengidap allegik terhadap “pollen’,debuan dan habuk,jerawat dan saraf kulit serta mempunyai daya tahan lemah.

Saintis di Cancer and Immuno Biological Laboratory of Germany mengesahkan Habbatussauda mampu merangsang sumsum tulang atau “bone marrow” dan sel immunity, meningkat penghasilan apa yang dikenali sebagai ‘interferon” dan mempertahankan sel-sel biasa terhadap kesan kemusnahan sel oleh virus. Seorang lagi pakar Eropah, Professor Michael Meurer pula mendaapati Habbatussauda berupaya menghentikan pembengkakan atau “inflammation” dan masalah saraf kulit.

Mereka juga mendapati Habbatus Sauda berupaya memusnahkan sel sel tumor dan meningkatkan jumlah antibodi yang menghasilkan apa yang dinamakan B cell.

Sebenarnya banyak lagi hasil kajian yang didedahkan kerana sejak 1959 lebih 200 kajian telah dijalankan.


Pandangan pakar dari pakar seluruh dunia

“Habbatus Sauda’ memiliki peranan yang penting pada pencegahan tumor & kanser.Pada penggunaannya dalam waktu yang lama minyak Habbatus sauda’ memperkuat sistem kekebalan tubuh. Selain itu dapat mempercepat pembelahan sel ”.
Dr. Stanley Kopok, University of Arizona, USA

“Habbatus sauda’ kaya akan beta-sitosterol, yang diketahui memiliki kemampuan mencegah kanser”.
Dr. Michael Tierra L. AC. O.M.D.

”Dengan mengamalkan Nigella Sativa dapat melawan penyakit lelah ”.
”Sebagai tambahan sebaiknya habbatus sauda’ dimakan dengan Royal Jelly atau madu dengan perbandingan 2:1 ”.
Dr. Mohammed Saleh, Kairo-Mesir

” Ekstrak habbatus sauda’ memiliki khasiat anti-tumor tanpa kesan sampingan seperti apa yang terjadi pada Chemotherapi dan penyinaran”.
Study of Nigella sativa on humans, University of South Carolina. USA

“Habbatus sauda’ mempunyai lebih dari 100 bahan aktif dengan berbagai khasiat penyembuhan. Salah satunya adalah impotensi.”
Black Cumin, The Magical Egyptian Herb, Dr. Peter Schleicher, M. D. and
  
“Habbatus sauda’ terbukti memiliki kesan aktiviti anti-histamin, anti-oxidant, anti-biotic, anti -mycotic dan penghambat Bronchitis”.
Study of Black Seed Oil on Humans, American Scientists

“Kombinasi bahagian lipid dan struktur hormon dalam Nigella Sativa dapat meningkatkan air susu bagi ibu menyusui”
University Pochefstroom

”Terapi baru yang efektif, mudah dicerna dan tidak mahal pada penyakit alergi adalah penggunaan asam lemak tidak jenuh dari minyak biji tanaman, terutama minyak Nigella Sativa”.
Dr. Lutz Bannasch, München – Jerman

”Nigella Sativa mengandungi minyak eter yang dapat membantu pencernaan & mengurangi masalah usus ”.
Prof. Dr. Hildebert Wagner, Institut fur Pharmazeutische Biologie, München – Jerman

”Nigella Sativa mengandung asam lemak tak jenuh, Linoleic & Gammalinolenic yang masuk dalam tubuh. Asam ini memungkinkan untuk pencapaian sintesis yang merupakan sistem kekebalan tubuh yang penting menyebabkan penyakit kronik seperti jerawat dan demam karena alergi, hingga kanser ”.
Dr. Peter Schleicher, M. D., Immunologist, Munich Germany

”Meningkatkan fungsi kekebalan tubuh ”.
US. Patents Section, Antiviral Agents Bulletin # 5, 482, 711

”Habbatus sauda’ merangsang sumsum di tulang & imuniti sel serta pengeluaran terferon, melindungi sel-sel normal melawan virus perusak sel, melawan sel tumor, dan meningkatkan antibodi yang mengeluarkan sel B”.
Cancer Immuno-biology, South Carolina

”Habbatus sauda’ terbukti menyembuhkan 70 % penderita alergi, termasuk di dalamnya alergi serbuk dan debu juga jerawat, serta neurodermitis ( penyakit kulit), asthma dan lemahnya daya kekebalan tubuh. Mengambil habbatus sauda’ secara teratur dapat menahan secara baik penyakit flu ”.
Dr. Peter Schleicher, Immunologie, München-Jerman


Thursday, February 20, 2014

Produk-Produk Keluaran Asiana Nusantara Herbs

Asiana Nusantara Herbs telah berkerjasama dengan rakan-rakan strategik terutama dengan pihak perladangan dan pengeluaran/pembekal untuk menghasilkan teh herba yang 100% asli tanpa pewarna dan pengawet untuk memastikan pihak pengguna mendapat khasiat yang terbaik dari herba yang dipilih secara teliti.

Produk-produk ini sukar didapati di pasaran dan boleh dikatakan hanya Asiana Nusantara Herbs yang memasarkan secara efektif melalui pelbagai medium pemasaran moden dan terkini.

Produk-produk ini akan diterangkan kegunaannya dalam penulisan yang akan datang untuk memastikan pengguna mendapat manfaatnya dengan betul dan berkesan.





 Kawasan ladang dan tempat pengeringan herba secara semulajadi 



Produk-Produk Keluaran Asiana Nusantara Herbs



Aneka madu keluaran Asiana Nusantara Herbs




Aneka herba keluaran Asiana Nusantara Herbs

Wednesday, February 19, 2014

Potensi Besar Industri Herba



Industri herba yang bersifat melengkapi dunia perubatan moden dilihat sebagai faktor utama yang memungkinkan pasaran produk herba terus mendapat permintaan tinggi.Presiden Persatuan Herbalis Jawi Malaysia, Murad Abu Bakar berkata, produk herba mempunyai pengikut tersendiri, malah turut mendapat permintaan pengguna luar negara.“Walaupun ada yang masih enggan mengakui keberkesanan herba, namun ia bukan penghalang kepada industri ini untuk terus berkembang.

“Ada pelancong yang berkunjung ke Malaysia dan mencari herba tempatan seperti Tongkat Ali,” katanya ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Kementerian Kesihatan bahawa pasaran industri herba tempatan berpotensi berkembang 15 peratus setahun dengan nilainya meningkat daripada RM7 bilion pada 2010 kepada kira-kira RM29 bilion menjelang 2020.
Menurut Murad, terdapat kira-kira 1,200 spesies herba di negara ini, sekali gus menjadikan Malaysia kaya dengan tumbuhan berkenaan.“Namun, tidak semua spesies berpotensi menjadi ubat kerana ada sesetengahnya racun. Tetapi, spesies yang sudah menjadi amalan turun-temurun seharusnya boleh dikomersialkan kerana sudah terbukti keberkesanannya,” katanya.


Murad berkata, produk herba kini semakin mendapat perhatian kerana ada di kalangan pengguna yang menggunakan perubatan alternatif walaupun mendapat rawatan moden.
“Produk herba bersifat melengkapi dan tidak salah sekiranya ada pengguna yang menggunakan perubatan moden untuk mengamalkan produk herba. Namun, mereka perlu mengikuti cara pengambilan yang betul untuk kedua-dua jenis ubatan,” katanya.


Sementara itu, Pengarah Urusan PT Widuri Sdn Bhd, Syahrul Abdurrahim berkata, industri herba tempatan dipercayai boleh berkembang sehingga dua kali ganda daripada anggaran yang ditetapkan.“Kami percaya pasaran eksport untuk produk herba jauh lebih tinggi kerana terdapat permintaan yang banyak dari negara luar,” katanya.
“Bagaimanapun, ada syarikat yang terpaksa membatalkan eksport barangannya kerana tidak mendapat kelulusan daripada pihak berkuasa sedangkan sudah mematuhi semua peraturan yang ditetapkan,” katanya.


Setakat ini, produk herba merangkumi kurang 10 peratus daripada eksport perubatan Malaysia dan angka itu semakin berkembang. Eksport perubatan negara kini bernilai kira-kira RM400 juta dan ia dijangka mencecah RM600 juta menjelang akhir tahun ini. Beliau berkata, industri herba tempatan menarik banyak syarikat multinasional (MNC) dari Barat untuk datang ke Malaysia bagi menjalin usaha sama dengan syarikat tempatan bagi melaksanakan penyelidikan dan pembangunan (R&D) dalam bidang itu.

Katanya, industri herba menjadi jentera pertumbuhan ekonomi berikutan perubahan penduduk seperti panjang umur serta perubahan gaya hidup.


Artikel ini disiarkan di Harian Metro pada : 2012/01/04

Tuesday, February 18, 2014

Industri Herba Di Malaysia



Ramai yang tidak menyedari industri berasaskan herba berkembang pada kadar 30 peratus setahun, Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) pula menganggarkan seramai 4 bilion pengguna memilih untuk menggunakan herba sebagai rawatan alternatif kepada penyakit mereka.Di Eropah sahaja, nilai industri berasaskan herba bernilai RM25 bilion.

Pelbagai inisiatif telah dibuat oleh kerajaan Malaysia  untuk mempromosikan pembangunan industri herba tempatan memandangkan potensinya yang amat cerah. Penjualan tahunan industri herba Malaysia  ialah RM2 bilion sementara pasaran global untuk ubat-ubatan herba adalah bernilai USD12 bilion atau RM42 Bilion. Dalam Dasar Pertanian Ketiga Negara ,tumbuhan  ubat-ubatan telah dipilih sebagai salah satu komoditi dengan memberi penekanan menjadikan Malaysia pusat pembangunan bahan–bahan mentah untuk kegunaan industri.


Pembangunan industri  herba di Malaysia pada ketika ini aktif mempromosikan tiga sektor utama ekonomi iaitu pertanian,pelancongan dan pembuatan. Pertumbuhan dalam industri herba sangat berpotensi untuk menambah pembangunan sektor pertanian dan perkilangan. Di Sabah,sebanyak 1,250 spesies dianggarkan telah dikenal pasti nama saintifiknya dan mempunyai nilai perubatan.


Tumbuhan ubatan ini digunakan untuk industri fitoperubatan,kosmetik,perasa,pewangi, farmaseutikal dan nutraseutikal. Pergerakan pasaran industri herba sedunia  menunjukkan bahawa rawatan menggunakan herba telah memasuki kategori rawatan tambahan pada tahun 1970 hingga 2000.Ini menunjukkan masyarakat dunia telah menerima herba sebagai medium rawatan alternatif menggantikan ubat-ubatan moden yang kebanyakannya berasaskan campuran bahan kimia termasuklah dadah perubatan.

Herba dan Rahsia Perubatannya

Herba menurut kamus dewan bahasa dan pustaka merupakan tumbuhan dimana daun dan bahagian lain tumbuhan tersebut yang boleh dibuat ulam,makanan atau minuman.

Ini memberikan nilai perubatan kepada orang yang mengamalkan memakannya. Kita sebagai manusia seharusnya memanfaatkan dengan sebaiknya nilai perubatan yang terdapat pada herba.

Kebanyakan ilmu perubatan tradisional masih lagi menggunakan tumbuhan herba sebagai bahan utama dalam perubatan mereka. Walau bagaimanapun ilmu perubatan yang diamalkan ini tidak direkodkan seperti ilmu perubatan allopati (Moden) tetapi ia diwarisi dari generasi ke generasi berikutnya melalui kaedah lisan.

Tumbuhan-tumbuhan herba merupakan sumber penghasilan analgesik, antibiotik, enzim-enzim, hormon-hormon diuretik, kompaun-kompaun anti parasit, laksatif, anti-koagulan dan pelbagai bahan lagi. Kesemua bahan ini dapat dikesan selepas beberapa kajian dijalankan ke atas tumbuhun herba untuk melihat bahan yang terkandung di dalamnya.

Menurut Perubatan Kesihatan Sedunia ( WHO ), hampir 70% dari populasi sedunia menggunakan ubat dari tumbuhan herba terutamanya di negara-negara sedang membangun dan mundur kerana ianya murah dan mudah didapati. Pengguna di negara-negara maju menggunakan tumbuhan herba sebagai alternatif kepada rawatan moden.